Sunday, April 19, 2009

Wonder Pets.. Wonder Pets.. Kami Datang !...

Adakah kamu peminat setia Wonder Pets?

Wonder Pets ialah sebuah siri animasi keluaran Amerikan Syarikat yang muncul buat pertama kali pada 2006. Mulai 2008, Wonder Pets telah dialih bahasa ke bahasa Malaysia di TV9. Wonder Pets telah dicipta oleh Josh Selig.

Watak-watak utama Wonder Pets ialah tiga ekor haiwan peliharaan, iaitu Linny the Guinea – Pig (tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik). Mereka bersatu menjadi tiga wira yang menyelamatkan haiwan dalam kesusahan sambil menunjukkan manfaat nilai bekerjasama.

Animasi ini bermula dari filem ringkas yang berjudul ”The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara ke angkasa lepas dan lautan bersendirian. Kemudian barulah tercipta watak Ming-Ming Dukling dan Turtle Tuck. Dari situ, lahirlah Wonder Pets! Menariknya, kebanyakan dialog di dalam Wonder Pets dinyanyikan. Itulah keistimewaan Wonder Pets. Anak-anak saya suka sangat dengar dan menyanyi lagu Wonder Pets, termasuklah saya juga.

No comments:

Post a Comment